Solat itu sangat penting. Solat itu diibaratkan sebagai tiang agama. Secara logiknya tiada tiang, runtuhlah agama. Perkara pertama yang akan disoal Allah diakhirat kelak adalah solat. Kalau solat cukup, Insyaallah mudahlah di akhirat kelak. Solat juga mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Sebab itulah kita susah melakukan kebaikan dan senang melakukan kemungkaran kerana kita sering kali meninggalkan solat.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka sesungguhya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim)
Raulullah S.A.W. teah bersabda bahawa: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T. antaranya:-
- Orang lelaki yang solat sendirian tapa membawa sesuatu.
- Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
- Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
- Orang lelaki budak yang melarikan diri.
- Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya. (Yakni taubat)
- Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
- Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
- Orang imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiya.
- Orang yang suka makan riba.
- Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Sesiapa yag solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
No comments:
Post a Comment