Friday, July 22, 2011

Apa Dah Jadi Kat Nuffnang ??? Kena Hack ke ???


Eeerrkk.. Apa dah jadi kat nuffnang ni ??? Dari tadi asyik keluar benda ni je...

 Opera

 Google Chrome


Friday, July 15, 2011

Perempuan Zaman Sekarang Mudah di'Pancing'???


Kepada perempuan di luar sana, jangan marah dengan dengan tajuk post di atas.. Ini cuma pendapat aku je.. Lagi pun tak semua perempuan macam tu kan??? Kalau korang tak puas ati gak, boleh ar bagi pendapat sikit... Lelaki kalau nak join sekali pun boleh gak...

Berbalik kepada tajuk kita yang asal... Aku dengar perempuan zaman sekarang ni senang je nak 'pancing'. Bagi ayat manis sikit je terus tersangkut... Nak bukti.... aduhai pun... aku tengok awek lawa-lawa, tapi pakwenya takde ar ensem mana pun... Erkk... ni bukan ditujukan khas kepada semua orang lelaki dan perempuan di luar sana ye... aku sebenarnya tak kisah orang couple-couple ni... tapi.... aduhai.... serius aku tak cemburu.... aku cuma tak puas hati je bila tengok awek dan pakwe ni berpegang tangan... lagi sekali aku cakap aku tak cemburu..... hahaha... tapi aku paling tak puas hatinya kadang-kadang aku nampak sesetengah couple ni berdua-duaan dan berpelukan antara satu sama lain... uish... diorang ni tak takut kat Allah ke??? sedang kan berpegang tangan tu pun dah dosa, lagi kan berpelukan... dah lah wat depan orang ramai lak tu. Kalau berpelukan kat tempat terembunyi??? tak dapt den nak bayangkan... hahaha...



Wednesday, July 13, 2011

Website Berguna Untuk Anda Download VECTOR secara percuma !!!


Pada post kali ini, aku nak berkongsi beberapa laman web yang membolehkan kita semua mendownload  macam-macam vector secara percuma.

Apa itu vector??? Vector itu sebenarnya lebih kurang garisan-garisan, lengkung atau bentuk yang boleh dimanipulasi dan memang sesuai digunakan untuk mendesign logo dan lain-lain. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah google kat internet.

Kepada pengguna photoshop dan illustrator di luar sana yang hobinya takde menda lain nak buat selain mendesign logo, gambar dan lain-lain lagi, bolehlah usya-usya laman web di bawah ini. Kebanyakkannya free tapi kalau nak lagi advanced boleh lah jadi member laman web tersebut.

Saturday, July 9, 2011

11 Raja Makan Paling Gempak di Dunia


Pada post kali ini aku nak berkongsi dengan korang 11 raja makan paling gempak di dunia... Tapi aku
hanya detailkan yang top 3 dan yang ke 11 sahaja sebab malas nak tulis panjang-panjang. Korang pun
bukan suka baca panjang-panjang pun... 
Tapi serius bagi aku paling gempak sekali tu nombor 11...

Thursday, July 7, 2011

JALAN-JALAN AT BURGER BOY X PENANTI, PENANG


Semalam baru je kitorang pergi burger penanti... Kitorang gerak malam dalam pukul 8.45 dan sampai dalam jam kurang 9.30. Dua bijik kereta diperlukan untuk kitorang semua sampai kat sana... Yang tak paling tak boleh lupa sekali ada member aku semangat giler bawa buku nak belajar tapi last-last sekali x jadi belajar. Tempat gelap. Memang tak sesuai untuk tempat belajar.


         Yang belah kanan tu  lipok. Semangat benar dia makan tu. Hahaha...

       
  Yang ni lak Faris. Posing maut. Nampak macam Sean Kingston.

Aduhai... Dah Lama Tak Berblog


Err... ??? Aku rasa lama gak aku tak berblog ni.. Baru je bulan Julai ni nak berjinak-jinak semula dengan blog ni. Tak tau nak tulis apa... Nak kata sibuk, tak gak.. banyak gak masa lapang.. tapi semua nya digunakan untuk benda-benda lain.. main komputer, tengok movie dan tengok drama japan.. Dah masuk bab drama japan ni, teringat lak cerita Hana Kimi tu.

Aku tak tau ar kalau aku ketinggalan zaman, tapi cerita Hana Kimi tu memang buat perut aku rasa nak meletup. Kepada sesiapa yang tak pernah tengok hana kimi tu, boleh layari laman web sars fansub.. Cerita ni ada 12 episode dan satu special edition.. total kesemua episode tersebut cuma 7.33 gb.. kalau pakai streamy 1mb, rasanya dalm 5 hari dah abis download.. Kepada sesiapa yang malas nk download, boleh jumpa aku untuk copy paste. Itu pun kalau korang tau aku duduk kat mana.. hahaha...

Monday, July 4, 2011

AHLI MATEMATIK MAHU MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA 'Pi'


Baca je tajuk pun pasti anda terkejut. Pi yang selama ini kita belajar dan guna di sekolah rendah sama ada menengah dan universiti, adalah salah. Kalau tak caya, itulah kata-kata yang diucapkan oleh ahli matematik Bob Palais Universiti Utah. Dalam hujahnya, beliau berkata bahawa selama beribu-ribu tahun, manusia telah menumpukan perhatian mereka dan sanjungan pada pemalar matematik yang salah.

"Dua kali pi, bukan pi sendiri, adalah nombor yang benar-benar bulatan", Palais menegaskan. "Kita harus meraikan dan melambangkan nilai yang sama dengan kira-kira 6.28 - nisbah lilitan kepada jejari bulatan - dan bukan kepada nisbah 3.14 lilitan kepada diameter (sebahagian besarnya tidak relevan dalam geometri) yang itu".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...