Thursday, July 7, 2011

Home » , , , , , , » Aduhai... Dah Lama Tak Berblog

Aduhai... Dah Lama Tak Berblog


Err... ??? Aku rasa lama gak aku tak berblog ni.. Baru je bulan Julai ni nak berjinak-jinak semula dengan blog ni. Tak tau nak tulis apa... Nak kata sibuk, tak gak.. banyak gak masa lapang.. tapi semua nya digunakan untuk benda-benda lain.. main komputer, tengok movie dan tengok drama japan.. Dah masuk bab drama japan ni, teringat lak cerita Hana Kimi tu.

Aku tak tau ar kalau aku ketinggalan zaman, tapi cerita Hana Kimi tu memang buat perut aku rasa nak meletup. Kepada sesiapa yang tak pernah tengok hana kimi tu, boleh layari laman web sars fansub.. Cerita ni ada 12 episode dan satu special edition.. total kesemua episode tersebut cuma 7.33 gb.. kalau pakai streamy 1mb, rasanya dalm 5 hari dah abis download.. Kepada sesiapa yang malas nk download, boleh jumpa aku untuk copy paste. Itu pun kalau korang tau aku duduk kat mana.. hahaha...

Tak silap aku cerita ni dah pernah tayang kat 8 tv (rasanya kot), tapi x best sbb dah kena translate ngan bahasa cina.. Bagi aku kalau bahasa jepun lagi best, ada feelll...Pelakon Hana Kimi pulak, boleh tahan gak contohnya Oguri Shun (Detective Conan Live Action, Hana Yori Dango, Crows Zero), Mizushima Hiro (Kamen Rider Kabuto, Mei-Chan No Shitsuji), Shirota Yuu(Prince of Tennis Live Action Movie) & banyak lagi.. Kalau nak tahu sinopsis cerita Hana Kimi, boleh ar klik kat link ni. [http://wiki.d-addicts.com/Hanazakari_no_Kimitachi_e]







Aiseyhmannnn..dah jadi post pasal hana kimi lah pulak... takpa2.. x kisah... sebab aku pun tak tahu nak tulis apa.. lagi pun skang ni dalam minggu test... idea pun tak banyak nak kongsi.. tak tahu nak wat pe.. duduk rumah bosan gak.. duduk depan laptop je.. nak keluar x tau lak nak gi mana... Jadi, kena ar paksa diri nak belajar.. kalau x, abis mencirit nak jawab test nanti... Hahahaha...


Comments
1 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

1 orang sudi meluangkan masa...:

  1. awak....ada apa2 cte2 drama japan yg besh lagi ta...
    pelish....share ea...kita pun minat gak...hehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...