Monday, September 6, 2010

Home » , , , , , , , , , » Ada APA dengan 'GANYANG MALAYSIA' ???

Ada APA dengan 'GANYANG MALAYSIA' ???


Rasanya semua dah tahu pasal cerita ini. Bagi sesiapa yang tak tahu, hah! apa yang aku maksudkan ialah perkataan yang berbunyi 'GANYANG MALAYSIA' seperti yang tertera di tajuk atas. Kes ini sebenarnya dah lama berlaku, tapi sejak kebelakangan ini ianya makin menjadi-jadi, tak pun memang dah lama berlarutan... Tak silap aku sebuah parti atau lebih dikenali dengan 'GAGASAN BENDERA' yang adakan 'KEMPEN' ni...

Setahu aku terdapat beberapa sebab kenapa kenapa organisasi ini ditubuhkan. Sebab yang pertama yang aku tahu 'MEREKA' mengatakan Malaysia mengutuk negara Indonesia, mengeksploitasi kelebihan Indonesia dan pelbagai lagi. Ya, bukan rakyat Indonesia tetapi terdapat segelintir 'MEREKA' yang tidak beberapa bijak menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah dan lupa erti syukur. 'MEREKA' cakap seperti mereka betul-betul mengetahui akan keadaan di Malaysia tetapi lupa bahawa disini terdapat anak jati Malaysia yang lebih mengetahui akan hal keadaan di Malaysia. Negara Malaysia dah berkorban demi beberapa puluh ribu rakyat Indonesia dengan memberi mereka pekerjaan. Malaysia tak minta apa-apa pun sebagai balasan. Tetapi 'MEREKA' masih tetap tidak puas hati. Tetap nak salahkan Malaysia. Tapi aku malas nak cerita panjang-panjang. Korang boleh search pakai google.

Tujuan post ini bukan nak salahkan mana-mana pihak cuma nak memberikan beberapa peringatan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Benda macam ini lah yang orang barat nak kita lakukan. 'GADUH' sesama negara jiran. Sesama Islam pulak tu. Lepastu mereka akan ambil kesempatan. Janganlah terikut dengan perasaan dan nafsu semata-mata, cuba gunakan akal fikiran sikit... Sebab tu lah umat Islam zaman sekarang lemah. Benda yang 'REMEH' diutamakan. Dibuat demontrasi jalan besar-besaran. Bakar bendera itu, bakar bendera ini. Lepastu salahkan orang. Cuba gunakan ke jalan yang betul. Banyak lagi yang benda 'BERFAEDAH' dan 'BERMANFAAT' yang boleh lakukan. Contohnya cuba kita LIHAT negara Islam diluar sana yang sedang ditindas. Lagi bagus kalau kita sama-sama bantu saudara Islam kita disana. Bukan nak cakap apa, tetapi itulah sebaik-baiknya. Tapi yang berlaku sebaliknya. Kita sesama negara Islam pula yang bertengkar. Memang jatuhlah martabat Islam. Dah...dah... malas nak complain lagi. Cerita banyak-banyak pun tak guna juga. Yang nak ubah bukan orang lain tetapi diri kita sendiri. Jadi fikir-fikir kan lah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...