Saturday, June 6, 2009

Zaman Persekolahan @ Doraemon


Nampaknya sudah beberapa hari aku tak mengemaskini blog ini. Bukan bosan atau malas(ada lah sedikit). Tetapi aku tidak mempunyai cerita atau al-kisah nak dikongsi dengan anda semua. Rasa kagum pula bila melihat blog-blog orang lain yang sentiasa berupdate. Huhuhu... Mesti diorang banyak cerita hendak dikongsikan sampai dalam masa sehari beberapa pos baru diorang telah catatkan. Tetapi jangan risau. Kali ini aku sudah mendapat ilham. Pada pos kali ini aku nak bercerita sedikit mengenai zaman persekolahan.

Sunday, May 31, 2009

Manchester United FC VS Award Durian


Ahh... Minggu ni rasa malas betul lah. Tak tahulah sebab apa. Tidur tak lena. Makan tak lalu. Nak tengok tv pun malas lebih-lebih lagi channel sukan. Huhuhu... Mungkin sebab pasukan favourite aku Manchester United kalah dengan Barcelona. Kalau kalah quater final ke semi final ke.. ok lagi. Tapi final Uefa Champion League. Piala paling berprestij sekali di eropah. Sob...sob... sedih gile. Biasa lah... Aku juga boleh dikira peminat fanatik Manchester United... Takpa,takpa... yang penting diorang dah menang 3 piala musim ini.


Hehehe... Tapi hati ni terubat juga. Kerana Akak Nazirah aka Miss Durian Runtuh

Monday, May 25, 2009

Lagi-lagi Tingkatan 6.


Siang bertukar malam, hari silih berganti, pejam celik, pejam celik dah hampir 3 minggu aku bersekolah di tingkatan 6. Huhuhu... Tak pernah terlintas di fikiran aku untuk bersekolah di tingkatan 6. Tapi dah asyik melepap je kat rumah main laptop, makan tidur, tengok tv sementara menunggu masuk ke universiti, so emak aku yang begitu risau dengan badan aku yang semakin membesar ni menyuruh aku bersekolah di tingkatan 6 bagi mengaktifkan semula otak yang aku yang sudah lama tak berfungsi. Hahaha...

Wargh! Baru masuk tak sampai 3 minggu dah kerja melambak-lambak. Tension betul. Nak kena siap assignment lagi, buat perbentangan lagi. Baru tingkatan enam, Belum lagi kat universiti. Kalau kat universiti tak tahulah macam mana. Dah lah ambik kos diploma elektrik kuasa. Lepastu dalam bahasa english. Adoi... Kena lah struggle nampaknya. Tak apalah. Kalau nak berjaya mestilah berkorban. Tapi walaubagaimana pun, aku tetap tak mahu ke sekolah esok. Kena soal subjek Perniagaan Perniagaan. Huhuhu... xp



Wednesday, May 20, 2009

Pengalaman Ketika Berada Di Tingkatan Enam


Gambar hiasan.

Huhuhu... Baru hari ini aku terasa nak kemaskini blog. Biasalah... Sejak dah masuk tingkatan 6, banyak pula kerja yang cikgu bagi. Aku yang sekolah kat situ sementara pun kena bagi kerja dengan cikgu. Esok pula nak kena soal mengenai barisan kabinet-kabinet negara. Hehehe... Tak kisahlah. Tak siap pun takpa. Sebab aku dah nak keluar dah (p/s:don't try this at home...). Bagi aku subjek yang paling best ialah Pengajian Am. Best woo... Cikgunya sporting dan open minded. Terlupa pula aku nak beritahu. Cikgu ni juga suka menghina muridnya supaya muridnya membencinya. Aku tak tahu kaedah pembelanjaran apa yang dia pakai, tetapi menurut sumber yang aku peroleh, semua pelajar di bawah naungannya, mendapat result yang baik dalam STPM terutama subjek beliau sendiri.

Sunday, May 17, 2009

Man United Wins 3rd Straight Premier League Title




Saturday, May 16, 2009

15 Perkara Pelik Di Dunia Yang Anda Harus Tahu


Disebabkan aku masih belum mendapat idea untuk menulis pos yang baru, aku nak berkongsi dengan anda semua beberapa perkara pelik tapi benar yang kebanyakan anda semua tidak tahu. Kepada sesiapa yang dah tahu, tidak mengapa baca sekali lagi bagi menguatkan ingatan anda tentang fakta pelik ini.


Tuesday, May 12, 2009

Sibuk @ Bussy


Rasanya aku dah mula sibuk kerana akan melanjutkan pelajaran ke IPTA nanti. Tambahan pula sekarang aku disuruh oleh ibu bapa aku untuk masuk form 6 sementara sahaja.. Oleh itu mungkin aku akan jarang mengemaskini blog ini. Erm... Nak cakap apa lagi ??? Aku dah takda idea nak tulis apa-apa sekarang ni...

Takpa. Jom kita tonton video orang tidak bertulang di bawah ini. Ajak semua ahli keluarga tengok sekali. Gempak giler...

Monday, May 11, 2009

Temuduga Di Unikl MIAT @ Interview


Seperti yang anda semua maklum dengan tajuk diatas, pada pos kali ini aku nak berkongsi pengalaman temuduga aku dengan anda semua. Buat pengetahuan anda semua sekalian, aku merupakan pelajar lepasan SPM 2008 di SM Teknik Kuala Lumpur (proud to be X-TiKL). So disebabkan result SPM yang tidak memuaskan (4a sahaja...), ayah aku yang cukup risau dengan masa depan aku, memohon pelbagai-bagai tempat bagi memastikan aku dapat menyambung pelajaran ke menara gading. Setakat ini apa yang ayah aku mohon ialah ALAM, Unikl MIAT, Politeknik dan Maktab Perguruan (UPU aku apply sendiri(dapat uitm kos elektrik kuasa)/Matrik aku tak mohon). Hanya 3 tempat sahaja yang meminta aku pergi temuduga iaitu Unikl MIAT, Maktab dan Politeknik.


So aku mula dengan interview di Unikl MIAT, Sepang. Hari aku ditemuduga

Sunday, May 10, 2009

Exchange Link




Sebelum anda meletakkan link anda di post ini, adalah amat-amat diharapkan anda membaca terlebih dahulu post di bawah ini:-

Kepada Pengunjung-Pengunjung Yang Dihormati Sekalian

Sekiranya anda sudah membaca post tersebut dengan telitinya, anda dengan ini sudah mengetahui syarat-syarat 'Exchange Link'. Walaubagaimanapun ingin aku ingatkan bahawa setelah anda meletakkan link anda disini, jangan lupa pula meletakkan link aku dekat blog anda dan jangan lupa mengemaskini blog anda sekuarang-kurangnya sekali sebulan.



Kepada Pengunjung-Pengunjung Yang Dihormati Sekalian


Aku nak ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sudi melawati blog ini. Pada post kali ini aku ingin berkongsi beberapa perkara yang perlu anda semua tahu.

  1. Walaupun sudah hampir setahun aku menggunakan blog, aku masih tidak mengetahui segala-galanya tentang blog.
  2. Kadangkala aku guna ayat skema dan pada waktu lain pulak aku guna bahasa rojak. Aku tidak kisah anda semua hendak mengkritik penulisan aku sebab aku menulis adalah untuk kepuasan sendiri.
  3. Kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini, aku tidak kisah sekiranya anda merupakan silent reader dan tidak meninggalkan sebarang komen. Ini kerana tidak bergunanya anda komen sekiranya anda tidak mahu.
  4. Kepada sesiapa yang komen, aku menghargainya. Tetapi aku amatlah berharap sangat agar anda semua membaca keseluruhan post tersebut.
  5. Aku juga suka membaca blog-blog orang lain yang lebih berpengalaman daripada aku kerana dapat memperbaiki penulisan aku, dan selalunya aku merupakan silent reader.
  6. Kadangkala aku akan copy paste artikel dari blog lain dengan meminta keizinan dari tuannya.
  7. Kepada sesiapa yang ingin menukar link atau 'Exchange Link' adalah amat-amat dialukan bagi meluaskan lagi area dan populariti blog masing-masing. Tapi aku galakkan menukar link kepada mereka yang sentiasa update blog sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sila tinggalkan link blog anda di post 'Exchange Link'. Aku tidak galakkan anda meninggalkan link anda di shoutbox kerana aku jarang memantaunya.

Perkara-perkara bersesuaian akan diupdate pada post ini dari masa kesemasa.


Saturday, May 9, 2009

Pengenalan


Kepada pengunjung-pengunjung blog yang pertama kali datang kat blog ni, aku ucapkan selamat datang. Perkara yang pertama aku nak catatkan disini adalah ini bukan kali pertama aku menggunakan blog. Sudah hampir setahun aku berblog dan ini merupakan kali ketiga aku menghasilkannya. Tanpa ingin membuat anda semua menyampah dengan ayat yang panjang berjela... lebih baik aku terus kepada isinya.

Kenapa aku menamakan blog ini dengan ;Hidup Ini Macam-Macam Ada'. Seperti yang anda semua maklum, hidup kita dipenuhi dengan berbagai-bagai 'perkara'. 'Perkara' yang aku maksudkan disini adalah benda/peristiwa/kejadian/kehidupan/perasaan dan lain-lain lagi yang berada dan berlaku disekeliling kita. Tanpa kita sedari atau tidak, setiap perkara yang kita lalui, akan mempengaruhi kehidupan kita seterusnya.

Kita ambil contoh yang senang. Pada zaman nenek moyang kita dahulu, perkara yang menjadi keutamaan kepada mereka ialah tempat tinggal, makanan/minuman, dan pakaian. Tetapi pada masa sekarang, handphone, motosikal, laptop sudah menjadi perkara yang wajib kita miliki. Sekiranya kita tidak mempunyai perkara tersebut, kita akan dikatakan ketinggalan zaman dan sebagainya. Pakaian hendak yang berjenama sahaja sedangkan banyak lagi pakaian yang setanding dan lebih murah.

Akhir kata bagi post ini, aku berharap dengan adanya blog ini, dapat aku kongsikan pengalaman yang aku lalui kepada anda semua.


Wednesday, April 22, 2009

Tips-Tips Menghasilkan Text Bertindih Di Blog Anda



Senang aje nak buat teks bertindih ni... Hanya copy code di bawah kemudian paste dekat blog masing-masing. Lepas tu tukar ayat kepada perkataan yang diingini. Hahaha... Tapi aku buat sekejap je... Tak cantik pula kalau taruk kat blog aku. Tutorial ni nak cakap susah, takdalah susah. Nak cakap senang, senang gaklah. Tapi kalau korang try buat benda ni banyak kali, mestilah lama-lama jadi mahir. Betul tak?

Tutorial ni aku jumpa time usya-usya blog orang lain. Tapi dia punya dalam english. So aku translate pula ke dalam bahasa Melayu. Selain digunakan untuk header blog, text bertindih ni juga boleh digunakan dalam friendster dan myspace. Tapi aku tak try lagi. Korang cubalah sendiri. Hahaha... Ok lah, hasilnya mungkin seperti di bawah ni...


1st Line Text
2nd Line Text




Sila copy code di bawah. ( Ctrl + C )




Di bawah ini pula. sedikit penerangan dan sedikit code yang boleh anda gunakan untuk adjust text mengikut kehendak anda.


Value
Description
Example
line-height:80%Line-height" is the value where your 1st & 2nd text is overlapped. Here you can adjust the % value on your own0% - 100% [smaller value means the more the text overlapped]
text-align:centerthe text alignment center, left, right
font-weight:boldEither the font is bold, it must be set to "bold" or empty for normalbold
text-decoration: underlineAdditional decoration over the textunderline / overline
font-style: italicThe style should be set under "italic" or noneitalic
font-size:24pxsize under pixel count24px, 15px & so on
color:#172ae3The color can be set using rgb format or color codes format1. [color codes format #fffff, #e8f610]
2. [rgb format : writen as :rgb(53,221,179) where the numbers indicates red, green & blue channel composition]
font-family:ArialFont face for the textcomic sans, verdana, arial
1st Line TextFor your 1st textwelcome
2nd Line TextFor your 1st textto my world

Harap tutorial ini bermanfaat kepada anda :) - Feel free to comment.


Monday, April 20, 2009

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah S.W.T


Solat itu sangat penting. Solat itu diibaratkan sebagai tiang agama. Secara logiknya tiada tiang, runtuhlah agama. Perkara pertama yang akan disoal Allah diakhirat kelak adalah solat. Kalau solat cukup, Insyaallah mudahlah di akhirat kelak. Solat juga mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Sebab itulah kita susah melakukan kebaikan dan senang melakukan kemungkaran kerana kita sering kali meninggalkan solat.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka sesungguhya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."

(Tabyinul Mahaarim)

Raulullah S.A.W. teah bersabda bahawa: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T. antaranya:-


  1. Orang lelaki yang solat sendirian tapa membawa sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
  3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  4. Orang lelaki budak yang melarikan diri.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya. (Yakni taubat)
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8. Orang imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiya.
  9. Orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Sesiapa yag solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."



Sunday, January 11, 2009

Sitemap



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...