Wednesday, May 20, 2009

Home » , , , , , , , » Pengalaman Ketika Berada Di Tingkatan Enam

Pengalaman Ketika Berada Di Tingkatan Enam


Gambar hiasan.

Huhuhu... Baru hari ini aku terasa nak kemaskini blog. Biasalah... Sejak dah masuk tingkatan 6, banyak pula kerja yang cikgu bagi. Aku yang sekolah kat situ sementara pun kena bagi kerja dengan cikgu. Esok pula nak kena soal mengenai barisan kabinet-kabinet negara. Hehehe... Tak kisahlah. Tak siap pun takpa. Sebab aku dah nak keluar dah (p/s:don't try this at home...). Bagi aku subjek yang paling best ialah Pengajian Am. Best woo... Cikgunya sporting dan open minded. Terlupa pula aku nak beritahu. Cikgu ni juga suka menghina muridnya supaya muridnya membencinya. Aku tak tahu kaedah pembelanjaran apa yang dia pakai, tetapi menurut sumber yang aku peroleh, semua pelajar di bawah naungannya, mendapat result yang baik dalam STPM terutama subjek beliau sendiri.

Saidatul Aqma merupakan pelajar cemerlang dalam STPM tahun lepas(2008) di sekolah SMK SYED MANSHOR. Agak-agaknya, bagi anda semua ini merupakan perkara biasa kerana pelajar perempuan selalunya mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Buat pengetahuan anda semua, beliau merupakan seorang pelajar yang mempunyai 100% ciri-ciri lelaki. Maksud aku, dah sah-sah lah dia tu lelaki. Huhuhu... Pelik tapi benar. Dia ni merupakan pelajar kesayangan cikgu Pengajian Am tersebut. Dah kata dia anak murid favourite cikgu tersebut, confirm lah dia dapat prinsipal A dalam subjek Pengajian Am.

Apa yang membuatkan aku rasa berbangga ialah, cikgu tersebut mengatakan tahun ini dia menyasarkan atau dalam istilah lain 'target' seorang pelajar bernama Syazwan akan mendapat prinsipal A dalam subjek Pengajian Am. Huhuhu... Siapa yang tak bangga kalau abang sendiri menjadi harapan guru. So.. aku mendoakan agar abang aku cemerlang dalam STPM 2009. Amin...

Lupa pula nak beritahu satu perkara penting. Terus terang aku katakan aku mula-mula pandang rendah pada pelajar tingkatan enam ni. Tapi selepas aku dah rasa pengalamannya, diorang ni memang berbeza daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5. Maksud aku, ialah tingkatan enam ni memang dah kira level universiti dan bukan pelajar sekolah menengah lagi. Jadi jangan pandang rendah pada pelajar tingkatan 6. Aku respect sama diorang.

Kata-kata terakhir aku bagi pos ini ialah, kepada pelajar tingkatan 6 yang bakal menduduki STPM tahun ini, berusahalah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejaayaan (bajet ayat power. Huhuhu...)



Comments
5 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

5 orang sudi meluangkan masa...:

  1. budak2 tingkatan 6 memg matang pon kalo nak banding lepasan matrik bile ko masuk U nanti..deme dewase sikit..hihi..yg dilihat ler..

    ReplyDelete
  2. tau takpe..hahah..bile masuk U nyer?bulan 7 ni ker

    ReplyDelete
  3. Rasanya akhir bulan enam. 26 / 6 / 09

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...